Amaran salji yang sangat jarang berlaku di Hawaii 

Mauna Keana yang dilitupi salji selepas dilanda ribut salji pada tahun lepas. (FOTO: NASA Infrared Telescope Facility/IRTF).
- Advertisement -

HONOLULU: Pulau Hawaii pada Isnin, waktu tempatan, dikejutkan dengan amaran ramalan salji yang sangat jarang berlaku oleh pakar meteorologi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) yang berpangkalan di Honolulu.

Dikenali juga sebagai Big Island (Pulau Besar) dan Hawai’i, pulau gunung berapi di Lautan Pasifik Utara itu, menurut ramalan kaji cuaca akan mengalami ‘kelembapan dalaman’ sepanjang hari yang ‘membawa kepada tempoh hujan dan salji di puncak tinggi’. 

- Advertisement -

Sebahagian daripada pulau itu dijangka akan berhadapan dengan ‘kerpasan bercampur’ dan pengumpulan salji sehingga tiga inci terutamanya pada waktu pagi, lapor Daily Mail.

Ramalan itu juga memberi amaran kepada penduduk, yang tidak kerap menghadapi salji, bahawa perjalanan dalam tempoh tersebut, mungkin sukar.

“Tiupan salji akan mengurangkan keterlihatan dengan ketara pada masa-masa, dengan tempoh keterlihatan sifar,” tambah kenyataan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Honolulu.

Pakar meteorologi NWS, Liam Tsamous memberitahu Newsweek bahawa, masih belum diketahui berapa banyak salji telah turun di puncak yang tinggi. 

“Ini terutamanya kerana tiada stesen pemerhatian di kawasan itu. Bagaimanapun, hujan sehingga 4 inci telah turun di kawasan berketinggian rendah,” jelas kenyataan itu.

Di Big Island, gunung berapi Mauna Kea adalah gunung tertinggi di Hawaii pada hampir 14,000 kaki di atas paras laut.

Ia merupakan puncak tertinggi di dunia, malah lebih tinggi daripada Gunung Everest, jika ia diukur dari pangkalannya, yang memanjang hampir 20,000 kaki di bawah paras laut.

Gunung berapi, disebabkan ketinggiannya, kadangkala mengalami salji pada musim panas dan juga musim sejuk.

Sementara, Tsamous dalam pada itu tidak pula mengulas sama ada Mauna Kea kini dilitupi salji, berkata gunung berapi itu sering dilanda salji pada bulan Oktober setiap tahun

“Hujan lebat, serta salji yang bertiup, menimbulkan bahaya bagi penduduk Hawaii di kawasan rendah,” tegas ramalan kaji cuaca itu lagi.

“ Suhu tinggi rendah di sekitar Kepulauan Hawaii menghasilkan keadaan yang tidak stabil dalam suasana yang sangat lembap.

“Ini akan mengakibatkan tempoh hujan sederhana hingga lebat tempatan. Hujan yang berlaku di atas tanah yang sudah tepu boleh menyebabkan air larian dan isu banjir kilat,” katanya.

Kali terakhir Hawaii dilanda salji adalah pada awal Disember 2023.

Pada ketika itu, salji kelihatan di puncak gunung tertinggi di Big Island, Mauna Kea dan Mauna Loa, yang kedua-duanya menjulang hampir 14,000 kaki di atas paras laut, yang mana secara keseluruhan, kira-kira lima inci salji telah direkodkan. -Agensi/– HARAKAHDAILY 29/10/2024