KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan enam negeri sehingga jam 11 pagi, hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu semua kawasan di Perlis.
“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Kedah. Ia meliputi kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Seluruh kawasan di Pulau Pinang turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
“Seterusnya turut diramalkan beberapa kawasan di Perak. Ia melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta Perak Tengah dan Kampar” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua tempat di Selangor yang melibatkan kawasan Klang dan Kuala Langat. Di Johor pula melibatkan kawasan Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Menurut kenyataan itu lagi,, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/10/2024