Fakhrul Anwar santuni kaum India sempena Deepavali

- Advertisement -

KANGAR: Meskipun umat Islam tidak meraikan perayaan Deepavali, ia tidak menghalang semangat persahabatan untuk menggembirakan sahabat yang beragama Hindu.

- Advertisement -

Bersempena sambutan Hari Deepavali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Fakhrul Anwar Ismail mengunjungi 15 rumah masyarakat kaum India di Taman Bunga Padi dan Taman Jeliti di sini, semalam.

Dalam lawatan tersebut, Fakhrul Anwar memberikan cenderahati berupa kuih raya sebagai tanda ingatan dan sokongan terhadap komuniti berkenaan.

“Walaupun berlainan agama, nilai persahabatan dan hormat-menghormati tetap menjadi keutamaan kita,” katanya menzahirkan hasrat untuk terus memperkukuh hubungan antara masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Penduduk yang menerima kunjungan turut berasa terharu dan menghargai keprihatinan ADUN tersebut dalam menceriakan sambutan Deepavali mereka tahun ini.

Turut sama Setiausaha Majlis Tindakan Dun (MTD), Shohib Arrumi Said dan Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan, Azizi Syam. – HARAKAHDAILY 28/10/2024

- Advertisement -