Semangat pejuang tak luntur dengan terbunuhnya Sinwar

- Advertisement -

SELEPAS seminggu Yahya Sinwar mati syahid, pejuang-pejuang Palestin meneruskan rutin jihad mereka seperti biasa. Pembunuhan berkenaan sedikitpun tidak menjejaskan semangat jihad mereka menentang penjajah.

Laporan harian Kataib Al Qassam menerusi aplikasi Telegram menunjukkan operasi jihad mereka tidak terhenti dan tergendala.

Berikut disenaraikan operasi-operasi terus menerus selama seminggu sejak hari pertama pembunuhan (Rabu, 16 Okt) hingga Selasa, 22 Okt.

(Waktu yang tertera adalah waktu Malaysia mengikut waktu berita itu dilaporkan).

____________________
16 Okt 2024 Rabu

12:39 pm: Kata’ib Al Qassam umumkan operasi menggempur sepasukan tentera pengganas yang berlegar sekitar apartment Nauras utara bandar Ghazzah dengan serangan mortar.

1:27 pm: Jentera pemusnah D9 dimusnahkan oleh pejuang dengan bedilan senjata 105 di Ar Rayyan, berhampiran Rafah.

3:00 pm: Pertempuran antara Yahya Sinwar dan dua rakannya menentang puluhan tentera penjajah yang lengkap dengan kereta kebal dan dron.

Tiga pejuang hanya menggunakan senjata ringan dan bom tangan. Pertempuran memakan masa beberapa jam.

Salah seorang tentera penjajah cedera parah terkena serangan Yahya Sinwar. Tiga pejuang ini mati syahid.

Selepas beberapa jam, tentera penjajah masuk ke dalam rumah yang musnah itu dan mendapati yang terbunuh itu ialah Yahya Sinwar.

8:00 pm: Pejuang meletupkan bom yang dipasang di sebuah rumah yang diceroboh oleh pasukan penjajah di Jabaliya.

8:15 pm: Jentera pemusnah D9 dimusnahkan di Hayy Qasasila Barat Jabaliya.

____________________
17 Okt 2024 Khamis

1:40 am: Sekumpulan tentera penjajah diserang dengan mortar di Hauz Turki, Utara Gaza.

11:20 am: Dua buah kenderaan tentera jenis Namer dibedil oleh pejuang menggunakan roket RPG 105 di Faluja, Jabaliya.

11:42 am: Sepasukan tentera penjajah dibedil dengan roket TBG di Barat Jabaliya menyebabkan beberapa orang terbunuh dan cedera.

____________________
18 Okt 2024 Jumaat

6:09 pm: Kereta kebal Merkava dibedil roket 105  berhampiran Sekolah Syadiyah Jabaya.

8:16 pm: Kata’ib Al Qassam mengeluarkan kenyataan rasmi syahidnya pemimpin HAMAS, Yahya Sinwar.

9:26 pm: Pejuang umumkan kejayaan mereka membinasakan sebuah kereta kebal Merkava di Timur Jabaliya menggunakan bom buatan sendiri.

____________________
19 Okt 2024 (Sabtu)

2:42 pm:  Sebuah jentera pemusnah D9 dan sebuah kereta kebal dimusnahkan oleh pejuang menggunakan bom Tandom dan Syuwaz berdekatan stesen Sardah, Jabaliya.

3:01 pm: Stesen Sardah menyaksikan sekumpulan tentera pengganas diserang oleh pejuang menggunakan senjata ringan. Mereka juga meletupkan jerangkap samar yang telah dipasang lebih awal.

____________________
20 Okt 2024 (Ahad)

2:50 am: Sebuah kereta kebal Merkava dan jentera pemusnah D9 dibedil oleh pejuang dengan roket RPG Yasin 105 di Falujah.

2:51 am: Dua buah kereta kebal Merkava dimusnahkan oleh pejuang dengan bom buatan sendiri di Til Zaatar Jabaliya.

7:35 pm: Sebuah jentera pemusnah D9 dibedil oleh pejuang menggunakan roket RPG Yasin 105 di Faluja.

8:55 pm: Dua buah kenderaan tentera jenis Namer dibedil pejuang dengan menggunakan roket RPG Yasin 105 menyebabkan beberapa kematian dan kecederaan.

10:26 pm: Sebuah kereta kebal Merkava dibedil oleh pejuang dengan roket Yasin 105 berdekatan markaz pertahanan awam Barat Jabaliya. Sebuah kenderaan tentera jenis Namer dimusnahkan dengan peluru Tandom.

10:39 pm: Dua tentera penjajah ditembak oleh snipper pejuang di Blok 2 Jabaliya.

11:16 pm: Kenderaan tentera jenis Namer dibedil dengan peluru Syawaz dekat stesen Khazindar di Bandar Ghazzah.

11:30 pm: Sebuah kereta kebal Merkava dibedil oleh pejuang dengan roket Yasin 105 di Falujah.

____________________
21 Okt 2024 (Isnin)

9:41 pm: Pejuang di Jabaliya mengekori konvoi kereta kebal, kenderaan pengangkut tentera, jentera-jentera pemusnah D9 yang membawa bahan letupan yang banyak.

Pejuang menembak D9 pertama menggunakan Yasin 105 dan memusnahkan D9 kedua dengan Syuwaz. Serentak dengan itu bahan-bahan letupan yang dibawa oleh pasukan penjajah meletup. Sebahagian tentera terbunuh dan sebahagian yang lain cedera.

11:32 pm: Pejuang menyerang ibu pejabat tentera penjajah di Bandar Gaza menggunakan senjata mortar.

____________________
22 Okt 2024 (Selasa)

12:46 am: Pejuang menyasarkan kenderaan pengangkut tentera Namer dan menembak tentera dengan snipper di Hayy Syeikh Ridhwan, Bandar Gaza.

5:36 pm: Pejuang yang baru pulang dari medan melaporkan kejayaan mereka jam 3:00 petang sebelumnya di Falujah.

Mereka berjaya menyerang dan menewaskan sepasukan tentera penjajah seramai 12 orang dari divisyen 401.

5:36 pm: Jentera pemusnah D9 dimusnahkan menggunakan peluru Tandom di Falujah.

5:57 pm: Dua buah jentera pemusnah D9 di Falujah dimusnahkan menggunakan peluru Syuwaz dan 105.

6:12 pm: Jentera pemusnah D9 dimusnahkan menggunakan periuk api di Jalan Saftawi, utara Bandar Gaza.

Kerugian Israel selama seminggu

Dari catatan di atas, pihak penjajah telah mengalami kerugian berikut:

● Angka terbunuh: Tidak diketahui

● Angka cedera: Tidak dipastikan

● Kenderaan dan jentera yang musnah:

- Advertisement -

1. Kereta kebal jenama Merkava bernilai antara RM15 ke 20 juta setiap satu (8 buah dimusnahkan).

2. Jentera pemusnah D9 (bulldozer caterpillar) berharga RM4.32 juta tiap satu (11 buah dimusnahkan).

3. Kenderaan pengangkut tentera jenama Namer berharga RM12.96 juta tiap satu (8 buah dimusnahkan)


Secara purata kemusnahan kenderaan dan jentera penjajah di Ghazzah dalam masa seminggu ini ialah RM311.3 juta.

Oleh:
USTAZ ARIS HAZLAN ISMAIL
Maran, Pahang – HARAKAHDAILY 25/10/2024