Pembentukan Majlis Media Malaysia tidak jelas

Wan Saiful Wan Jan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Adakah kerajaan sudah lupa mengenai perjuangan menegakkan kebebasan bersuara?

- Advertisement -

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan berkata, beliau mempersoalkan ikhtiar-ikhtiar kerajaan mengenai perkara tersebut dalam Belanjawan 2025.

“Dalam Belanjawan 2025, saya mempersoalkan ikhtiar-ikhtiar kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti dan tahap kebebasan bersuara dan kebebasan media dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik dalam akaun media sosial Facebooknya hari ini.

Menurutnya, pembentukan Majlis Media Malaysia yang dilakukan oleh pihak kerajaan masih bersifat tidak jelas.

“Apa yang berlaku ialah pembentukan Majlis Media Malaysia pun tidak jelas.

“Adakah kerajaan ini sudah lupa mengenai perjuangan menegakkan kebebasan bersuara dan perjuangan untuk media yang profesional dan bebas?” ujarnya.

Sehubungan itu, Wan Saiful menyatakan bahawa sekiranya kebebasan media untuk bersuara tidak lagi diutamakan maka ianya merupakan satu kegagalan kepada Menteri Komunikasi.

“Sekiranya kebebasan media dan kebebasan bersuara sudah tidak lagi menjadi keutamaan kerajaan, maka saya anggap ini adalah kegagalan nyata buat Menteri Komunikasi.

“Dan saya harap perkara sebegini akan diperbetulkan selepas ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/10/2024