Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di 9 negeri  

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 9 negeri sehingga jam 6 petang, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu semua kawasan di Perlis. 

- Advertisement -

“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Kedah. Ia meliputi kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling.

“Di kelantan pula melibatkan dua kawasan iaitu Tumpat dan Pasir Mas. Terengganu pula melibatkan kawasan di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. 

“Seterusnya diramalkan juga di Pahang yang melibatkan kawasan Temerloh, Kuantan, Bera dan Rompin,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini. 

Sementara di Selangor melibatkan dua kawasan iaitu di Sabak Bernam dan Kuala Selangor. Tiga tempat di Negeri Sembilan turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan kawasan Kuala Pilah, Jempol dan Tampin. 

Seluruh kawasan di Melaka turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang. 

Beberapa tempat di Johor juga turut diramalkan, melibatkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/10/2024