Hutang: ‘Saya percaya naratif ini tidak wajar’

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pandemik Covid-19 di Malaysia telah memberi kesan besar terhadap ekonomi Malaysia termasuklah pertambahan hutang Malaysia sepanjang beberapa tahun yang lalu.

- Advertisement -

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkata, Kerajaan Madani yang menjadi kerajaan pada hari ini nampaknya masih lagi menyalahkan kerajaan lalu sebagai beban hutang yang kononnya terpaksa diwarisi oleh mereka.

“Mereka perlu mengambil langkah-langkah yang tidak popular kononnya atau memeritkan bagi mengatasi kesan ini. Saya percaya bahawa naratif ini tidak wajar, malah ia tidak adil.

“Melainkan hutang kerajaan yang lalu digunakan untuk tujuan yang salah yang tidak perlu atau yang tidak menyumbang kepada negara,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau yang juga, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) berkata, kerajaan perlu berusaha untuk menyokong ekonomi negara melalui intervensi fiskal yang amat diperlukan.

“Rekod menunjukkan bahawa kerajaan PN telah memperuntukkan sebanyak RM322.5 bilion pada 2020 untuk pakej rangsangan ekonomi sepertimana yang ditekankan oleh Yang Berhormat Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, RM100 bilion pada 2021 dan RM100 bilion pada 2020 juga.

“Semuanya ini disokong oleh keperluan membiayai langkah perlindungan dan pemulihan wabak serta projek infrastruktur kritikal bagi menjamin kestabilan semasa krisis tersebut

“Jadi dalam rangka untuk memelihara keadaan negara pada masa itu, dengan kata lain, kerajaan yang lalu telah berjaya melindungi asas struktur dan potensi ekonomi negara walaupun berdepan dengan cabaran yang besar Covid-19,” katanya.

Justeru, beliau berkata kesan kepada kerajaan kini akan dapat mewarisi satu pentadbiran yang membolehkan mereka lebih senang memacu pertumbuhan negara tanpa banyak masalah dan halangan. – HARAKAHDAILY 24/10/204