KUALA LUMPUR: Amaran hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada jam 9.30 pagi ini berkata, antara kawasan yang terlibat dalam negeri Sabah ialah pedalaman Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.
“Selain itu, Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat juga merupakan antara kawasan di negeri Sabah yang terlibat dalam amaran hujan lebat berterusan.
“Cuaca tersebut bermula pada hari ini iaitu 23 Oktober 2024 sehingga Jumaat 25 Oktober 2024,” ujar kenyataan itu.
Sehubungan itu, MetMalaysia menyatakan amaran hujan berterusan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir yang dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – HARAKAHDAILY 23/10/2024