‘Tak perlu bangga dengan inflasi 1.9 peratus’ – Hamzah

Hamzah Zainudin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Jangan kita bangga dengan data ekonomi inflasi 1.9 peratus semata-mata memandangkan kehidupan rakyat masih terbeban.”

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, hakikat sebenar adalah rakyat masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup yang berlaku pada masa ini.

- Advertisement -

“Jadi, kita jangan bangga dengan pencapaian inflasi sebegitu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Menurut beliau, masalah bekalan beras tempatan masih lagi tidak dapat diselesaikan oleh pihak kerajaan.

“Realitinya, sehingga ke hari ini, bekalan beras tempatan pun masih tidak selesai. Ini diikuti pula dengan peluang pekerjaan setimpal dengan kelayakan rakyat pun masih berkurangan.

“Maka, saya merayu kepada kerajaan supaya tolonglah dan bantulah mengenai isu-isu sebegini. 

“Ini kerana kami hanya mahu menyuarakan rintihan rakyat yang sedang bergelut dengan masalah-masalah sebegini,” ujarnya.

Sehubungan itu, Hamzah menggesa pihak kerajaan supaya memberikan sebarang bantuan kepada rakyat dalam menghadapi masalah-masalah sebegini.

“Kerajaan berilah apa sahaja bantuan kepada rakyat dan kita tidak perlu nak bangga dengan angka-angka yang langsung tidak menyantuni mereka,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/10/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!