ORANG-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat keterangan Allah akan berhadapan dengan azab seksa yang menghina.
Balasan ini bukan hanya menyakitkan dari segi fizikal, tetapi juga merupakan penghinaan yang besar terhadap mereka yang menolak kebenaran dengan keras kepala.
Azab yang menghina ini menunjukkan betapa besar akibatnya bagi mereka yang mengingkari petunjuk dan bukti yang telah Allah berikan kepada manusia.
Setiap penolakan terhadap kebenaran akan dibalas dengan azab yang sangat berat di akhirat, di mana tidak ada lagi peluang untuk menyesal atau bertaubat.
Ibarat seseorang yang sedang duduk dengan tenang di rumah, tiba-tiba datang polis dan menangkapnya. Belum lagi tahu apa kesalahan yang dilakukan, tetapi apabila dilihat orang ramai, dia diheret dengan tangan bergari, sudah tentu itu adalah sesuatu yang sangat memalukan.
Begitu jugalah keadaan di dalam neraka. Sudah pasti ia sangat buruk dan penuh penderitaan. Walaupun seseorang belum tahu di neraka mana dia akan ditempatkan, bagi orang yang beriman, sekadar mendengar perkataan neraka sahaja sudah cukup untuk dirasakan sebagai satu penghinaan yang besar. – HARAKAHDAILY 22/10/2024
PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.