KUALA LUMPUR: Chong Zemin (PH-Kampar) dilarang daripada bangun mengganggu perbahasan Ahli-ahli Parlimen lain yang sedang berbahas.
Keputusan dibuat Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong Yieng setelah beliau sebelum itu beberapa kali memberitahu Chong agar tidak mengganggu perbahasan.
“Saya sudah guna Peraturan Mesyuarat 37(2) supaya tidak membenarkan Yang Berhormat Kampar untuk mengganggu Dewan,” kata Alice.
Terdahulu, Chong beberapa kali bangun menggunakan Peraturan Mesyuarat mengganggu Dato’ Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang sedang berucap dalam perbahasan Belanjawan 2025, di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau pada waktu itu telah diarahkan duduk dan diberi amaran oleh Timbalan Speaker untuk tidak mengganggu atau akan diambil tindakan di bawah Peraturan Mesyuarat kerana mengganggu perbahasan Ahli Parlimen lain. – HARAKAHDAILY 22/10/2024