LONDON: Bekas pengarah Newcastle United, Amanda Staveley memberi amaran bahawa ‘Putera Mahkota (Arab Saudi) sudah hilang kesabaran’ ketika Baginda berjuang untuk mendapatkan pengambilalihan kontroversi kelab bola sepak tersohor itu.
Perkara itu didedahkan oleh senarai mesej WhatsApp yang disiarkan melalui pendedahan oleh The Telegraph menunjukkan bahawa Putera Mahkota Mohammed bin Salman, pemerintah de facto Arab Saudi, secara peribadi mengawal pengambilalihan kelab tersebut yang bernilai £305 juta melalui Dana Pelaburan Awam Saudi (PIF).
Terdahulu, Staveley bertanggungjawab dalam perjanjian itu yang menyaksikan taikun Britain, Mike Ashley menjual Newcastle kepada PIF Gulf Kingdom pada Oktober 2021.
Staveley yang pernah menolak lamaran perkahwinan daripada Putera Andrew, meninggalkan kelab itu selepas menjual sahamnya pada awal tahun ini, sebelum beliau telah dikaitkan dengan pembelian kepentingan dalam Tottenham Hotspur.
Namun mesej baharu WhatsApp yang bocor kepada umum itu telah menjadikan pengambilalihan itu kembali menjadi tumpuan kerana pendedahan itu menunjukkan bahawa Putera Mahkota, yang dituduh mengarahkan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018, telah menandatangani keputusan penting semasa rundingan berkenaan Newcastle Utd diadakan.
Apabila cuba meneruskan perjanjian itu, Staveley dalam satu mesej memberi amaran kepada pasukan Ashley bahawa ‘Putera Mahkota semakin hilang kesabaran’.
Dalam satu lagi mesej WhatsApp, Staveley berkata bahawa gabenor PIF ‘berusaha… meyakinkan Putera Mahkota untuk tidak menarik diri’.
Justeru, ia kini menimbulkan persoalan baharu mengenai penglibatan politik dalam perjanjian itu dan kebenaran di sebalik jaminan yang dibuat kepada Liga Perdana untuk memastikan pengambilalihan itu berjaya.
Putera Mahkota adalah pengerusi PIF, tetapi Liga Perdana sentiasa mengekalkan ia telah ‘menerima jaminan yang mengikat secara sah bahawa Kerajaan Arab Saudi tidak akan mengawal Kelab Bola Sepak Newcastle United’.
Terdahulu pada 6 Ogos 2020, Staveley dikatakan telah memanggil duta Arab Saudi ke United Kingdom untuk membantu menyelamatkan perjanjian itu.
“Duta Besar Saudi UK bercakap dengan Putera Mahkota pagi ini,” katanya.
Satu lagi mesej daripada ahli perniagaan itu yang dihantar lewat bulan itu berkata: “Kami perlu mengemas kini Duta Arab Saudi pada jam 4 petang kerana dia perlu mengemas kini dengan Putera Mahkota.”
Pada April 2021, Perdana Menteri ketika itu Boris Johnson berkata kerajaannya ‘tidak terlibat pada bila-bila masa dalam perbincangan pengambilalihan mengenai penjualan Newcastle’.
Walau bagaimanapun, Staveley telah berkomunikasi dengan Lord Grimstone dan memberitahu pasukan Ashley bahawa menteri pelaburan ketika itu ‘menolak di belakang tabir dan menyatakan dengan jelas bahawa keutamaan mereka adalah untuk perjanjian itu diteruskan’.
Sementara Daily Mail.co.uk juga mendedahkan pada April 2021 bahawa Johnson menyebut perkataan ‘cemerlang’ apabila dia diberitahu perjanjian itu kembali ke landasan.
Sebelum ini, apabila Newcastle pada mulanya cuba menjual kelab itu kepada konsortium yang diketuai oleh dana kekayaan kerajaan Arab Saudi (PIF), Liga Perdana menyekatnya kerana bimbang ia akan dikawal oleh negara Saudi secara realiti.
Liga Perdana kemudian membenarkan perjanjian itu berjalan kerana ia diberi ‘jaminan mengikat secara sah’ bahawa PIF adalah berasingan daripada negara Saudi.
Staveley, melalui peguam, memberitahu The Telegraph bahawa dia hanya merujuk Putera Mahkota dalam kapasitinya sebagai pengerusi PIF.
Tambah beliau, adalah ‘tidak logik kerana ia disalah anggap’ untuk mencadangkan mesejnya menimbulkan keraguan sama ada jaminan mengenai kemerdekaan daripada negara Saudi telah dipatuhi.
Pada masa itu, Staveley berkata PIF adalah ‘dana pelaburan yang didorong secara komersial secara autonomi’.
Sementara itu Gabenor PIF, Yasir Al-Rumayyan merupakan pengerusi bukan eksekutif Newcastle, tetapi mesej WhatsApp yang bocor menunjukkan bahawa Putera Mahkota mempunyai kata putus mengenai pembelian itu.
Pada 3 Mac 2020, merujuk kepada mesej WhatsApp yang bocor itu, Staveley memberitahu: ‘Putera Mahkota semakin hilang kesabaran – saya perlu memberi jaminan kepadanya bahawa kita akan sampai ke sana’.
Pada 29 Julai tahun itu, dia berkata: ‘BELIAU [Yang Mulia Yasir Al-Rumayyan] cuba untuk berpegang pada perjanjian itu dan meyakinkan Putera Mahkota untuk tidak menarik diri’.
Namun pada Oktober 2020, Staveley menghantar mesej kepada pasukan Ashley dengan menyatakan: “Tiada siapa tidak boleh terlibat lebih jauh daripada apa yang telah mereka lakukan setakat ini.
“Gerry (Lord Grimstone) berkata bahawa mereka menolak di belakang tabir dan menyatakan dengan jelas bahawa keutamaan mereka adalah untuk perjanjian itu diteruskan, mereka jelas sangat menyedari kerosakan yang telah ditimbulkan dan kesan untuk pelaburan masa depan.”
Dalam mesej lain, Staveley dilihat semakin kecewa dengan perjanjian itu.
Beliau berkata: “Yasir (Al-Rumayyan) benar-benar muak. Harga telah dipersetujui dengan Mike [Ashley]. Mike terus mencuba untuk berdagang semula. Jika dia menyebut apa-apa perubahan pada harga yang dipersetujui sebanyak £305 juta ditambah dengan sapuan tunai sebanyak £17.5 maka perjanjian ini berakhir.
“Jika anda mahukan lebih banyak wang, jual sahaja kepada orang lain.
“DIA (Yang Mulia Yasir Al-Rumayyan] cuba untuk berpegang pada perjanjian itu dan meyakinkan Putera Mahkota untuk tidak menarik diri.
“Kami semua sejajar dalam harga – terpulang kepada Mike, ia memutuskan apa yang dia mahu lakukan.”
Sehubungan itu, peminat Newcastle gembira apabila Ashley akhirnya menjual kelab itu kepada PIF dengan harga £305 juta pada Oktober 2021.
PIF kini memiliki 80 peratus kelab, dengan PCP Capital Partners di bawah Staveley memiliki 10 peratus kepentingan dan pemaju hartanah David dan Simon Reuben memiliki 10 peratus.
Sementara Jurucakap PIF memberitahu MailOnline: “Pada Oktober 2021, berikutan siasatan yang panjang, Liga Perdana mengumumkan bahawa penjualan Kelab Bola Sepak Newcastle United telah selesai berikutan penerimaan jaminan bahawa kerajaan Arab Saudi tidak akan mengawal Kelab itu.
“Fakta dan keadaan yang menyokong jaminan itu, seperti yang disahkan pada masa itu ke Liga Perdana, kekal tidak berubah.”
Dalam pada itu Staveley ketika ditanya The Telegraph berkata bahawa dia ‘yakin sepenuhnya’ jaminan telah dipatuhi.
Lord Grimstone pula memberitahu akhbar itu bahawa beliau sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai pelaburan berskala besar ke UK dalam peranannya dahulu, terutamanya perjanjian Newcastle yang ‘menarik banyak minat orang ramai’.
“Saya menyatakan dengan sangat jelas kepada (Gary) Hoffman (bekas pengerusi PL) bahawa satu-satunya peranan saya adalah untuk memudahkan penyampaian idea antara PIF dan Liga Perdana dan saya sama sekali tidak berusaha untuk memudaratkan autnomio Liga Perdana. sepenuhnya dalam perkara ini,” katanya lagi
Liga Perdana bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkembangan terbaharu ini. -Agensi/– HARAKAHDAILY 21/10/2024