HULU LANGAT: Lajnah Kebajikan Dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat (LKKSPP) dengan kerjasama PAS Kawasan Hulu Langat dan Sawanah Koko turun menyantuni mangsa banjir di kawasan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
Pengerusinya, Dr Rosni Adam berkata, inisiatif yang diadakan ini bertujuan membantu keluarga penduduk yang terjejas dengan mengedarkan sumbangan keperluan dan meringankan beban dihadapi kesan banjir tersebut menerusi kerja-kerja pembersihan.
Menurutnya, lebih kurang 40 orang mangsa banjir diberikan bantuan berupa barang keperluan dan kewangan.
“Pemberian barangan keperluan makanan ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa-mangsa atas kemusnahan harta benda akibat musibah banjir.
“Cakna akan situasi mangsa banjir yang kepenatan dan menghadapi kesukaran, agihan sumbangan ini diharap dapat meringankan dan memberikan sedikit kelegaan kepada mereka,” katanya yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Beliau turut mengucapkan Terima Kasih kepada para penyumbang, InsyaAllah sumbangan masih diperlukan untuk membantu mangsa-mangsa lain yang terlibat dalam bencana termasuklah banjir ini.
“Bagi mereka yang berada di luar sana yang ingin memberi sumbangan, boleh menyumbang atas nama DANA KAMI PRIHATIN; Bank Islam: 12113010026150 dan Reference: Bencana.
“Semoga dengan bantuan yang diberikan mampu meringankan beban mangsa banjir,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/10/2024