KUANTAN: Hari ini dalam sejarah bagi Pemuda PAS Pahang yang terus mengorak langkah dalam memposisikan gerak kerja kebajikan demi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.
Sebuah Toyota Hilux hari ini dilancarkan dan diserahkan oleh Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih kepada Pengarah Jabatan Amal Malaysia negeri, Halmi Ismail dalam Program Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Pahang yang berlangsung di Kompleks Darul Ikhwan, Bera.
Mohd Zarimi semasa penyerahan itu menyatakan supaya memanfaatkan jentera itu untuk maslahat masyarakat dan mendoakan Pemuda PAS akan terus bekerja dengan motto ‘Beramal Kerana Allah’.
“Insya-Allah Pemuda PAS Pahang akan terus berkhidmat tanpa meletakkan ideologi politik dalam gerak kerja berkebajikan dan kemaslahatan masyarakat.
“Semoga jentera baharu yang dirasmikan hari ini akan menambah semangat kami Pemuda PAS Pahang dalam terus bekerja kepada masyarakat khususnya di Negeri Pahang,” ujarnya dalam satu kenyataan. – HARAKAHDAILY 19/10/2024