KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 7 negeri sehingga jam 12 tengah hari, hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu semua kawasan di Perlis.
“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Kedah. Ia meliputi kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Seluruh kawasan di Pulau Pinang turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
“Seterusnya diramalkan juga di Perak yang melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Sementara di Pahang pula melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron. Tiga tempat di Selangor turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Beberapa tempat di Sabah turut diramalkan, melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat.
Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/10/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!