Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di 3 negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 3 negeri sehingga jam 4 petang, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu beberapa kawasan di Johor iaitu Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. 

- Advertisement -

“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sarawak. Ia meliputi kawasan Kuching (Bau dan Lundu), Sibu (Selangau) dan Bintulu (Tatau). 

“Sementara kawasan di Sabah pula melibatkan kawasan di Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini. 

Menurut kenyatan itu, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/10/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!