Kereta Tesla terbakar, 4 maut di Perancis

Menurut laporan awal, kenderaan Tesla malang ini merempuh beberapa papan tanda jalan pada kelajuan tinggi, sebelum ia terbakar dalam kejadian di barat Perancis. (FOTO FAIL: Shutterstock)
- Advertisement -

BORDEAUX: Empat orang terbunuh di barat Perancis pada lewat Sabtu apabila sebuah kereta elektrik Tesla terbakar atas sebab yang belum ditentukan.

Pendakwa raya dalam kenyataan pada Ahad, waktu tempatan, kemalangan itu berlaku di luar bandar Niort, menyebabkan kematian pemandu dan tiga penumpang yang merupakan pekerja di sebuah restoran di Melle berdekatan.

“Siasatan telah dibuka untuk menentukan punca dan keadaan kemalangan maut, siasatan di mana kepakaran mengenai kenderaan akan diminta,” kata seorang hakim tempatan, lapor AFP

- Advertisement -

Menurut laporan awal, kenderaan itu merempuh beberapa papan tanda jalan pada kelajuan tinggi.

“Penumpang di dalam kenderaan sudah meninggal dunia ketika penyelamat tiba di tempat kejadian,”  kata sumber  polis.

Tesla, yang diasaskan oleh bilionair  Elon Musk, sering menghadapi penelitian mengenai isu keselamatan.

Pada bulan April lalu, syarikat konglemerat penghasilan kereta itu telah mengadakan penyelesaian di luar mahkamah dengan keluarga seorang jurutera yang terbunuh apabila  kereta Tesla Model X yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Silicon Valley pada 2018

Pemandu itu berada di lebuh raya California menggunakan ciri autopilot Tesla apabila kereta itu memasuki median konkrit.

Pada bulan Disember 2023, Tesla telah menarik balik lebih daripada dua juta kenderaan di Amerika Syarikat dan Kanada kerana risiko yang berkaitan dengan perisian autopilot dan berpotensi ‘peningkatan risiko kemalangan’.  -Agensi/– HARAKAHDAILY 11/10/2024