KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 11 negeri yang dikeluarkan jam 3 petang tadi.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat di Kedah (Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Kelantan di Jeli dan Gua Musang; Melaka di Jasin; Perlis; dan Pulau Pinang.
“Selain itu, kawasan di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim); dan Terengganu (Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman).
“Seterusnya, kawasan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub); Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing); dan Sarawak di Sri Aman, Sibu (Selangau) dan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah).
“Sementara itu, kawasan Sabah di Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.
Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/10/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!