KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tujuh negeri sehingga jam 3 petang, hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu di negeri Perak termasuk kawasan di Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
“Sementara turut diramalkan di beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Port Dickson dan Rembau. Di Johor pula melibatkan kawasan Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Seterusnya di Sabah pula melibatkan kawasan Tawau dan Semporna.
Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/10/2024