KUALA LUMPUR: Lapan tong yang disyaki mengandungi bahan kimia dibung ke dalam parit di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pada Selasa lalu pada jam 9 malam, semua tong telah ditemui sebelum dimaklumkan kepada JBPM.
Menurutnya, lapan tong berisi cecair tersebut ditemukan dalam parit sedalam satu kaki dan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil sampel bagi tujuan penilaian.
“Tindakan seterusnya akan diambil selepas mendapat keputusan pemeriksaan dijalankan itu,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Sehubungan dengan itu, JBPM Selangor masih menjalankan pemantauan di lokasi dibantu unit HAZMAT untuk tugas mengambil sampel bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Selain itu juga, pihak JBPM memaklumkan bahawa pemantau kerja mengalihkan tong berkenaan ke kawasan selamat akan dilakukan. – HARAKAHDAILY 27/9/2024