Presiden MN ketuai tahlil di rumah bekas ADUN

- Advertisement -

KOTA BHARU: Biarpun berlainan ideologi politik, namun Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa tetap mengunjungi rumah bekas ADUN Mahkota, Allahyarham Dato’ Sharifah Azizah Syed Zain.

Malah beliau mengetuai majlis bacaan Yaasin dan tahlil pada kunjungan tersebut. (Foto atas)

Program itu bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang juga diimamkan Annuar dan berakhir dengan solat Isyak.

- Advertisement -

Annuar berkata, kedatangannya untuk bertanya khabar ahli keluarga kenalan lama sempena kunjungannya ke Kluang.

“Saya mengenali keluarga terbabit sejak Allahyarham Dato’ Syed Zain Syed Idrus Shahab Al-Haj masih ada lagi.

“Bagi saya, mereka adalah keluarga yang banyak berjasa kepada rakyat sejak sekian lama. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada seluruh keluarga allahyarham,” ujarnya pada catatan di laman sosialnya semalam.

Sharifah Azizah, 63, meninggal dunia pada 2 Ogos lepas akibat pendarahan dalaman. Arwah berkhidmat sebagai ADUN sejak 2018 dan pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 2007.

Berikutan kematiannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Mahkota pada 28 September ini.

PRK tersebut menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah dan PERIKATAN NASIONAL (PN), Mohamad Haizan Jaafar. – HARAKAHDAILY 26/9/2024