PKD Salor buka peluang pelajar ikuti Tuisyen Rakyat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (PKD) Salor membuka permohonan penduduk untuk membolehkan anak mereka menyertai Tuisyen Rakyat Sejahtera yang akan diadakan bermula Oktober ini.

ADUN Salor, Saizol Ismail berkata, Ameerah DUN Salor diberi tanggungjawab menguruskan program tersebut.

Katanya PKD Salor melaksanakan konsep ‘siapa cepat dia dapat’ selepas kerajaan negeri menetapkan seramai 30 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 layak mengikuti program tersebut.

- Advertisement -

“Di Salor kita sudah buka permohonan untuk menyertai Tuisyen Rakyat dan kita membuka kepada semua pelajar ambil SPM tahun ini.

“Bagi pelaksanaan program itu kita serahkan kepada Ameerah DUN Salor kerana ramai guru terlibat dengan Ameerah,” katanya di sini.

Kelas tuisyen percuma tersebut membabitkan empat subjek teras SPM iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah. Ia diadakan selama lapan minggu.

Program tersebut merupakan salah satu daripada agenda Kluster Pendidikan dan Modal Insan Kerajaan Negeri Empat (SG4) melibatkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Kerajaan negeri menyediakan peruntukkan sebanyak RM477,000 bagi menjayakan program Tuisyen Rakyat Sejahtera tahun ini. – HARAKAHDAILY 26/9/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!