MACHANG: Seramai enam pekebun nanas menerima sumbang kerajaan negeri sebanyak RM10,000 setiap seorang melalui Program Bimbingan Usahawantani Nanas Al Falah.
Sumbangan berkenaan disampaikan Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail sempena Seminar Usahawantani Nanas di Kompleks Pembangunan Insan (KPI) Machang semalam. (Foto atas)
Seramai 40 peserta menyertai seminar Usahawantani Nanas terbabit.
Tuan Saripudin berkata, sumbangan RM10,000 diberi kepada setiap pekebun nanas yang terpilih dan mereka didapati sudah berjaya dalam pertanian berkenaan.
“Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan penanam nanas bagi memperluaskan lagi tanaman bagi melipatgandakan hasil,” katanya pada program tersebut.
Machang dan Rantau Panjang antara lokasi tanaman secara komersial di Kelantan yang diusahakan penduduk tempatan. – HARAKAHDAILY 26/9/2024