KOTA BHARU: Kunjungan Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Mohd Ali Tamby di Pejabat Menteri Besar semalam turut diadakan perbincangan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Kelantan berada pada tahap terbaik.
Dato’ Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerjasama erat antara kerajaan negeri dan PDRM amat penting bagi menjamin kesejahteraan rakyat serta membanteras jenayah.
“Saya melahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas kunjungan berkenaan dalam usaha merapatkan hubungan antara pimpinan kerajaan negeri dan PDRM,” katanya pada catatan di laman sosialnya.
Turut hadir dalam sesi kunjungan berkenaan termasuk Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Dato’ Mohd Nor Yhazid Idris dan Ketua Cawangan Khas, SAC Ahmad Norisham Ma’arus.
Mohd Ali yang sebelum itu Timbalan Ketua Polis Kelantan memangku jawatan Ketua Polis Kelantan pada 29 Ogos lepas menggantikan Dato’ Muhamad Zaki Harun yang bersara wajib. – HARAKAHDAILY 25/9/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!