‘3R dan MoU untuk tutup mulut rakyat, wakil mereka’

Mahathir Mohamad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini mengeluarkan kenyataan tegas berhubung pelaksanaan dasar 3R (bangsa, agama, raja) dan perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan kepada pembangkang, yang menurutnya adalah bertujuan menutup mulut rakyat dan wakil rakyat daripada mengkritik kerajaan.

Dalam kenyataannya itu, Mahathir menegaskan bahawa kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) tidak dipilih secara langsung oleh rakyat, sebaliknya terbentuk melalui pakatan politik antara Umno dan Pakatan Harapan (PH), yang disifatkannya berasaskan kepentingan peribadi.

- Advertisement -

“Kerajaan PMX bukan dipilih oleh rakyat. 

“Pakatan Umno dengan PH berasaskan kepentingan diri. 

“Sebelum Pilihan Raya, Umno mendakwa tidak akan menerima Anwar dan DAP, manakala PKR, DAP, dan PAN pula tidak akan menerima Umno,”

“Tetapi kerana pemimpin UMNO mungkin dipenjara dan pemimpin PH tidak mungkin jadi PM, maka parti-parti yang ditolak oleh rakyat ini bergabung untuk jadi Kerajaan,” katanya.

Beliau menjelaskan, “Jumlah gabungan ialah 112, lebih 1 dari separuh, maka gabungan ini dapatlah dirikan Kerajaan.”

Tambah Mahathir, apabila gabungan ini dirkani Kerajaan, maka parti-parti Sarawak dan Sabah pun menyertai gabungan. 

“Jumlah Pakatan Harapan, UMNO dan Sarawak/Sabah ialah 144; menjadikan Kerajaan memiliki lebih dari dua pertiga  wakil rakyat. Memang kuat sekarang,” ujarnya,

Menjelaskan dengan lebih terperinci, katanya, parti yang terkuat dalam gabungan berkenaan ialah DAP dengan 40 kerusi. 

“Bagi PMX tuntutan DAP perlu dilayan jika ia ingin kekal sebagai PM. 

“Sebaliknya Umno dengan wakil rakyat Melayunya agak tidak senang bekerjasama dengan DAP. 

“Jika Umno tidak sokong gabungan, Sarawak juga tidak akan sokong,” hujahnya.

Justeru, beliau menegaskan lagi bahawa jika Umno  dan Sarawak tidak sokong, Kerajaan akan jatuh. 

“Oleh itu mulut orang Melayu perlu ditutup. Dengan itu diperkenalkan 3R dan kemudian MoU.

“Tetapi gabungan ini tidak stabil.

“Maka, wakil rakyat pembangkang jangan tandatangan MOU!” katanya. – HARAKAHDAILY 25/9/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!