Kasut jenama ‘Mando’ produk keluaran Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Bagi anggota keselamatan mereka agak sinonim kasut jenama ‘Mando’ kerana ia sesuai untuk aktiviti lasak.

Ramai tidak tahu kilang yang menghasilkan kasut tersebut terletak di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, beroperasi lebih 40 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan negeri, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, kasut yang dikeluarkan kilang Sepatu Timur banyak digunakan anggota keselamatan.

- Advertisement -

Katanya jenis kasut yang dihasilkan kilang terbabit termasuk ‘jungle Boot’, kasut kawad, kasut potong dan beberapa jenis lagi.

“Pengeluaran kasut tersebut menjadi kebanggaan kita sebagai anak Kelantan kerana setanding produk-produk antarabangsa.

“Tahniah Sepatu Timur Sdn Bhd. Sama-sama kita menyokong produk keluaran Kelantan (made in Kelantan). Semoga terus maju,” katanya pada catatan di laman sosialnya hari ini.

Sebelum ini beliau melawat kilang Sepatu Timur Sdn Bhd di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa.

Menurutnya juga sebahagian besar pekerja sudah berbelas dan berpuluh tahun bekerja di kilang tersebut, seiring usia Sepatu Timur. – HARAKAHDAILY 24/9/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!