Tindakan cybertrooper PH melampau

Muhammad Hanif Jamaluddin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang cybertrooper Pakatan Harapan (PH) tidak berakhlak dan sangat melampau kerana menuduh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden sebagai golongan qazaf.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Hanif Jamaluddin, berkata Afnan Hamimi dituduh kononnya telah menyebut Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) sebagai peliwat dalam ucapannya baru-baru ini.

- Advertisement -

“Kalau kita tengok dan teliti dalam ucapan Ketua Pemuda PAS, tiada pun beliau menyebut nama sesiapa dalam ucapan itu termasuklah nama PMX.

“Tapi kenapa tiba-tiba individu ini telah menuduh Ketua Pemuda menyebut nama PMX dalam ucapannya sebagai seorang peliwat? Apa yang diucapkan oleh Ketua Pemuda adalah seorang bekas banduan yang dituduh atas kesalahan meliwat.

“Tdak pun menyebut bahawa PMX itu peliwat, bahkan PMX sendiri baru-baru ini mengaku bahawa dia sendiri adalah bekas banduan,” katanya menerusi hantaran video di Facebook, hari ini.

Muhammad Hanif berkata, perkara yang lebih teruk lagi adalah apabila individu tersebut menayangkan gambar ahli keluarga Afnan Hamimi dan melibatkan ahli keluarganya dalam video berkenaan.

“Jadi saya tertanya-tanya, adakah ini budaya politik Pakatan Harapan yang melibatkan ahli keluarga dalam isu-isu politik ?

“Apakah relevannya cubertrooper Pakatan Harapan melibatkan ahli keluarga Ketua Pemuda dalam hal ini sedangkan tidak ada kena-mengena pun,” katanya.

Tegas beliau, cybertrooper PH diberi amaran agar tidak ‘mengusik’ Ketua Pemuda PAS Malaysia terutamanya dengan melibatkan ahli keluarga beliau dalam hal yang berkaitan politik.

“Jikalau perkara ini berlaku lagi kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada kamu, Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, PMX yang akhirnya mengakui yang beliau adalah seorang bekas banduan yang diucapkan dengan begitu bangga di hadapan khalayak ramai.

Bahkan beliau menyebut dengan terbuka bahawa beliau merupakan ‘Banduan Terhormat’ yang dikenakan tindakan keji dan zalim ketika zaman pemerintahan Umno Barisan Nasional yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan PMX. – HARAKAHDAILY 23/9/2024