KUALA LUMPUR: Jabatan Metreologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda enam negeri hingga 8 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu meliputi Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Enam daerah Terengganu yang terlibat di Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala tiga daerah pada negeri Pahang iaitu Raub, Jerantut dan Kuantan.
Negeri Sembilan dan Johor masing-masing satu daerah yang terlibat, Jempol bagi Negeri Sembilan dan Mersing untuk Johor.
Di Sarawak, empat daerah yang terlibat iaitu Kuching di kawasan Bau dan Kuching, Serian, Sibu di kawasan Kanowit dan Kapit di Song.
Sabah pula melibatkan tiga daerah di Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau). Seterusnya di kawasan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, dan Kota Kinabalu) dan akhir sekali di Tawau. – HARAKAHDAILY 22/9/2024