Lalu lintas: Jalan Gunung Keriang, Anak Bukit ditutup

- Advertisement -

ALOR SETAR: Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan Jalan Suka Menanti dan Jalan Sungai Baru sekiranya mahu menuju ke pusat bandar mahupun ke arah Gunung Keriang.

- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad memaklumkan demikian dalam satu kenyataan hari ini.

Hal itu berikutan Jalan Gunung Keriang, Anak Bukit, ditutup hari ini kerana air sungai berhampiran melimpah ke atas jalan dan menghalang lalu lintas.

“Penutupan jalan itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku dan selagi mana paras air dilihat berbahaya kepada semua jenis kenderaan,” katanya.

Sementara itu sebarang pertanyaan katanya bolehlah menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di talian 04-7326999. – HARAKAHDAILY 21/9/2024