Ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 11 negeri sehingga 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.

- Advertisement -

“Selain itu, kawasan di Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai); dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol).

“Seterusnya, kawasan di Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Bera); dan Sarawak di Miri.

“Sementara itu, kawasan Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Pitas dan Kudat),” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.

Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/9/2024