Kenyataan media palsu mengenai tindakan disiplin Perwakilan PAS Perlis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kenyataan media PAS berhubung tindakan disiplin yang dikenakan terhadap seorang Perwakilan PAS Perlis telah disahkan sebagai palsu.

Jabatan Penerangan PAS Pusat dalam kenyataannya berkata, ia telah mengenalpasti dalam tempoh dua bulan ini, hampir 10 kenyataan palsu telah dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan rakyat Malaysia terhadap PAS dengan menggunakan kepala surat rasmi PAS.

Sehubungan itu, Jabatan Penerangan dan Media Baru, PAS Pusat dalam kenyataan pada hari ini berkata, sebagai pemakluman, akaun Facebook TVPAS akan menjadi salah satu rujukan utama untuk sebarang pengeluaran Kenyataan Rasmi daripada PAS Pusat.

- Advertisement -

“Pihak admin juga akan memantau sebarang sebaran palsu untuk dirujuk kepada pihak peguam PAS bagi tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, tular satu kenyataan media kononnya dikeluarkan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat bertarikh 15 September 2024 mengenai tindakan disiplin yang dikenakan terhadap seorang Perwakilan PAS Perlis ketika berucap di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 pada 14 September, tetapi sebenarnya ia adalah palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab. – HARAKAHDAILY 17/9/2024

- Advertisement -