PAS kini parti dominan Melayu Islam Malaysia

- Advertisement -

TEMERLOH: PAS ketika ini disifatkan sebagai parti dominan kepada umat Islam-Melayu di negara ini, demikian diperakui Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr Ibrahim Ali

- Advertisement -

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu ditemui Harakahdaily di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 yang dilangsungkan di Kompleks Al-Makmur, Kerdau di sini hari ini.

Menurut beliau, Muktamar PAS pada kali ini sangat penting dan signifikan kepada politik negara kerana beliau yakin kemenangan Pilihan Raya Umum ke-16 akan dimiliki oleh PAS.

“Menjangkakan apa yang sedang berlaku di negara Malaysia ini, parti-parti lain yang memerintah negara sekarang menghadapi pelbagai masalah yang tidak berkesudahan.

“Parti-parti lain pula masih kecil seperti parti PUTRA sendiri,” ujarnya memberi pandangan beliau berkaitan masa depan politik negara yang dilihat akan diterajui PAS.

Sementara itu, beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut menggesa seluruh umat Islam wajib memberi peluang kepada PAS untuk mentadbir negara.

“Jumlah kerusi yang dimenangi PAS sudah mengatasi semua parti yang lain. PAS juga sudah mengambil alih majoriti orang Melayu yang dulunya kedua selepas Umno.

“Jadi, sekarang kita lihat pula cara PAS tadbir negara dan bagaimana konsep pemerintahannya nanti. Kita sudah melalui zaman UMNO selama 60 tahun lebih.

“Jadi inilah masanya memberi peluang kepada PAS dan biar dia buktikan yang PAS boleh tadbir negara, “ ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/9/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -