Ciri Negarawan Muslimat: Berilmu dan haraki

- Advertisement -

TEMERLOH: Negarawan adalah istilah yang merujuk pada seorang tokoh atau pemimpin politik yang memiliki pengetahuan mendalam, kebijaksanaan dan pengalaman dalam mengelola urusan negara.

- Advertisement -

Perwakilan Muslimat PAS Negeri Johor, Khaulah Ngah mengenengahkan negarawan dalam kalangan Muslimat PAS semasa perbahasannya pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia Ke-64 di Dewan Al-Makmur, Kerdau, di sini hari ini.

Menurutnya, negarawan dianggap memiliki integriti dan dedikasi tinggi terhadap kepentingan negara serta mampu memberikan sumbangan positif untuk pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

“Negarawan khususnya dari kalangan Muslimat atau wanita Muslim perlulah membina jati diri sebagai negarawan yang berkepimpinan dan bijaksana mengelola urusan negara dan masyarakat,” kata beliau.

Antaranya tegas beliau, melengkapkan diri dalam bidang ilmu serta haraki dengan turun ke lapangan, di samping memiliki akidah yang mantap.

Selain itu juga tambahnya, berusaha memiliki sifat itqan iaitu bersungguh-sungguh dalam memahirkan diri dalam bidang-bidang yang berpotensi seperti politik dan tadbir urus.

“Selain itu sebagai negarawan juga perlu berani mencabar diri melalui latihan berterusan agar mampu berfikir di luar kotak serta kreatif  menyelesaikan masalah.

“Di samping menjadikan ummahatul mukminin dan figura muslimat zaman Rasulullah SAW yang berani kehadapan berbanding muslimat lainnya sebagai rujukan,” ujar beliau lagi. – HARAKAHDAILY 13/9/2024

- Advertisement -