PASIR MAS: Pusat Khidmat DUN (PKD) Pengkalan Pasir memperuntukkan sebanyak RM60,000 bagi menampung keperluan sumbangan berkaitan persekolahan di DUN terbabit tahun lepas.
Adun Pengkalan Pasir, Mohamad Nasriff Daud berkata sumbangan berkenaan diberi bagi membantu meringankan beban pelajar daripada keluarga miskin.
Katanya, peruntukan itu meliputi mereka yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan anugerah kecemerlangan pelajar secara one-off.
“Selain sumbangan one-off pelajar juga boleh memohon pinjaman melanjutkan pengajian dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin),” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaikan sumbangan pelajar ke IPTA dan IPTS DUN 2.0 DUN Pengkalan Pasir hari ini.
Seramai 125 pelajar menerima sumbangan berkenaan. Turut hadir isteri ADUN Pengkalan Pasir, Rosilawaty Abu Bakar.
Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM30,000 bagi setiap DUN bagi menjayakan program bekaitan pendidikan setiap tahun.
Nasriff juga berkata, pelajar yang mendapat tawaran melanjut pelajaran ke IPT boleh mengambil borang dengan penghulu mukim atau Pejabat Pusat Khidmat DUN Pengkalan Pasir di bangunan Mini Stadium. – HARAKAHDAILY 12/9/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!