
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan lima negeri sehingga jam 1 tengah hari, hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataanya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu seluruh kawasan di Perlis dan Kedah.
“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh kawasan Pulau Pinang.
“Seterusnya, di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat.
“Sementara itu, seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.
Menurut kenyataan itu, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/9/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!