Kenyataan Teresa Kok cerminan wajah sebenar DAP

- Advertisement -

ALOR SETAR: Pemimpin DAP dilihat tidak serik dengan kenyataan mahupun ucapan yang boleh mencetuskan kontroversi kaum dan anti-Islam di mana sikap itu membuktikan realiti pendirian dan wajah DAP di Malaysia.

- Advertisement -

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria berkata, pihaknha turut kesal apabila kenyataan Teresa disokong rakannya, Anthony Loke yang menyatakan perkara itu tidak melanggar undang-undang.

Justeru satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Setar berikutan kenyataan Teresa Kok yang menyentuh sensitiviti umat Islam berkaitan logo halal di premis perniagaan di Malaysia.

“Sebarang pertikaian berkenaan perkara ini berkait secara langsung dengan 3R. Tetapi 3R yang selalu digunakan untuk menekan pemimpin Perikatan Nasional (PN) tidak pula mengikat pemimpin Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) untuk berbuat demikian.

“Maka tidak pelik apabila Anthony Loke mendakwa sedemikian. Biarpun lambakan tindakan telah diambil terhadap PN yang tidak senada dengan PH-BN atas alasan 3R,” tegasnya lagi dalam kenyataan di sini, hari ini.

Justeru kata Aizat, Dewan Pemuda PAS Kedah memandang serius akan perkara ini dan bertegas agar tindakan undang-undang diambil ke atas pihak terbabit.

Sepertimana tindakan tegas telah dikenakan ke atas pimpinan dan penyokong PN yang kerap kali didakwa menyentuh isu 3R selama ini.

“Pengabaian kes ini membuktikan PH-BN telah meruntuhkan sistem perundangan negara dengan memanipulasi 3R demi politik sempit dan jijik mereka,” tegasnya lagi. – HARAKAHDAILY 9/9/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -