Isu Teresa Kok: Keadilan ditegakkan atau ada pilih kasih?

Afnan Hamimi Taib Azamudden
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Adakah keadilan akan ditegakkan, atau akan ada pilih kasih? Rakyat sedang memerhati.”

Itu persoalan dan penegasan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden sambil menyatakan bahawa ia bukan soal politik semata-mata, tetapi soal mempertahankan maruah agama dan negara.

- Advertisement -

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas isu yang timbul daripada kenyataan media Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Sum Sih susulan laporan berita sebelum ini mengenai lima restoran popular tiada pemegang sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sehubungan itu, Afnan yang juga Ahli Parlimen Alor Setar mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat, dan beliau berharap tindakan segera daripada pihak penguasa kerana perkara ini terlalu menjadi kebiasaan, dan kenyataan DAP itu memalukan negara.

“Kalau pihak pembangkang diheret dengan melulu tanpa usul periksa, kita tengok pula bagaimana kalau pihak kerajaan yang melakukan perkara yang sama,” katanya dallam satu kenyataan di Facebook Pemuda PAS Malaysia, hari ini.

Selain itu juga, Afnan juga menyatakan, “Kenyataan DAP itu cuba memecah belahkan soal kesatuan dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama di negara ini.”

‘Inilah perangai sebenar DAP’

“Inilah dia perangai sebenar DAP yang ada sahaja mahu menganggu gugat urusan Hal Ehwal Agama Islam.”

“Sijil halal pun beliau nak pertikai. Puluhan tahun kita hidup di Malaysia ini dan terdapat juga undang-undang sijil halal, tiada siapa yang ambil kisah.

“Orang yang bukan Islam juga, masuk restoran yang ada sijil halal, mereka akan makan juga dan tiada sebarang aduan.

“Ramai pengusaha-pengusaha yang yang mendapatkan sijil halal untuk memasarkan lagi perniagaannya, tiada siapa yang kompelin,” katanya.

Menurutnya lagi, zaman sekarang ramai pengusaha telah maju menuju Hab Halal Center dan Conference Halal Dunia yang diwujudkan kerajaan terdahulu bagi menjadikan peluang besar untuk para pelabur dan pemain industri mendapat manfaat pasaran baru di rantau Asia.

Tambah beliau, beliau mendakwa bahawa pihak DAP seolah berpatah balik ke belakang dan menganggu urusan agama Islam.

“Malangnya, ada pihak dalam kerajaan yang beragama Islam bertindak mengatakan bahawa kenyataan daripada Teresa Kok adalah kenyataan peribadi.

“Tidak kiralah, ini pandangan peribadi atau pandangan parti kerajaan, ini tetap perangai DAP yang ganggu gugat agama Islam.

“Urusan halal dan haram ini, urusan agama Islam,” tegas Afnan.

Terdahulu, JAKIM dilaporkan mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.

Bagaimanapun, Teresa Kok berkata, langkah itu bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara dengan mengatakan ia memalukan negara.

Sebaliknya pula, dalam kenyataan media, semalam (8 September), Teresa Kok mendakwa, beliau menyokong pula usaha kerajaan, khususnya JAKIM untuk mempromosi pensijilan halal dalam industri makanan dan minuman.

Kenyataan Teresa Kok itu muncul selepas pihak polis dilaporkan akan membuka kertas siasatan terhadapnya agi membantu siasatan berhubung kenyataannya sebelum ini, pada 6 September lepas mendakwa bahawa sijil halal akan menambah beban peniaga dan memalukan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan media semalam mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima lima laporan di seluruh negara berkaitan kenyataan Teresa tersebut. – HARAKAHDAILY 9/9/2024

- Advertisement -