Majlis Sukan Negeri disusun semula

- Advertisement -

KOTA BHARU: Hasil ‘post mortem’ prestasi kontinjen Kelantan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 sebanyak enam keputusan diambil bagi meningkatkan mutu serta masa depan Sukan Berprestasi Tinggi di negeri itu.

- Advertisement -

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Pembangunan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad di Majlis Sukan Negeri.

Zamakhshari berkata, enam keputusan yang diambil pada mesyuarat berkenaan iaitu pemerkasaan dan penyusunan semula organisasi MSN, dan barisan kejurulatihan yang ada.

Ketiga, menyusun semula program Pencarian Bakat, memperkasa program Pembangunan Bakat, Pemerkasaan dan Penjenamaan semula Sukan Kelantan (SUKEL) dan penambaikan penjagaan kebajikan atlet negeri.

“Secara umumnya ada peningkatan pencapaian kutipan pingat bagi edisi kali ini. Pungutan keseluruhan pingat ialah 37 tahun ini berbanding hanya 21 pingat tahun 2022.

“Pencapaian pingat emas untuk SUKMA tahun ini sebanyak tujuh berbanding tiga tahun 2021, pingat perak 13 (8 – 2021), 17 gangsa (10 – 2021).

“Walau bagaimanapun dari segi ranking Kelantan masih berada di kedudukan yang tidak memuaskan,” ujarnya di sini semalam.

Temasya edisi ke-21 itu diadakan pada 17 Ogos lepas menyaksikan kontinjen Sarawak muncul juara keseluruhan dengan merangkul 76 emas, 55 perak dan 70 gangsa.

Tempat kedua, Wilayah Persekutuan  (75-65-72) dan Selangor di tangga ketiga (56-64-61), manakala Kelantan di kedudukan ke-14 daripada 15 kontinjen yang bertanding. – HARAKAHDAILY 6/9/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!