KUALA LUMPUR: Kejohanan Bola Sepak Bendang Lima Sebelah sempena Festival D’Bendang Parlimen Bagan Serai kini kembali lagi.
Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, sebanyak 32 buah pasukan terbaik bakal berentap pada 5 Oktober 2024 (sabtu) bagi merebut gelaran juara untuk edisi 2024.
Menurutnya, peluang terbuka kepada para peminat bola sepak terutama warga Bagan Serai untuk memenangi kejohanan pada tahun ini.
“Terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan.
“Antaranya adalah lelaki, pengundi di bawah Parlimen Bagan Serai, berumur 18 tahun dan ke atas dan terhad kepada 32 buah pasukan terawal sahaja,” ujarnya.
Tambah beliau, peserta boleh mendapatkan segera borang penyertaan di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Bagan Serai (bersebelahan Maybank dan di atas AVON Bagan Serai).
“Di samping itu, yuran pendaftaran yang dikenakan adalah sebanyak RM100, dan penyertaan adalah terhad,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Beliau menyatakan juga, hadiah turut disediakan kepada pasukan yang mendapat kemenangan.
“Pasukan yang mendapat juara akan membawa pulang hadiah berupa duit sebanyak RM1,000, medal dan piala.
“Bagi pasukan yang mendapat tempat ke-2 atau naib juara, akan membawa pulang RM700 dan medal.
“Pasukanyang mendapat tempat ketiga akan membawa pulang hadiah berupa duit sebanyak RM400 dan medal,” ujarnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai.
Beliau juga menyatakan, pasukan yang mendapat tempat ke-4 juga bakal membawa balik hadiah berupa duit sebanyak RM200 dan medal.
Di samping itu, tambah beliau, sebanyak 32 hamper disediakan kepada pasukan yang mendapat tempat kelima.
“Apa tunggu lagi. Jom, imbau nostalgia lama bermain bola sepak di bendang suatu ketika dahulu.
“Habis berlemuih satu badan terkena lumpur,” kata Idris.
Beliau menyeru orang ramai agar jangan melepakmakan peluang untuk menyertai kejohanan bola sepak edisi kali ini.
“Siapakah yang bakal bergelar juara?
“Adakah pasukan dari Parit Gabis, Parit Haji Taib, Parit Haji Napis, PR1MA Bagan Serai atau ada pasukan lain yang bakal memberi persaingan.
“Sebarang persoalan, sila hubungi atau Whatsapp Encik Aiman di talian 011-2362 1989 atau Puan Fatin di talian 011-3745 1065,” katanya. –HARAKAHDAILY- 6/09/2024