Hari Keluarga Mawaddah perkenal anugerah Keluarga Cekal

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan 2024 memperkenalkan anugerah Keluarga Cekal (bapa tunggal) dan Anugerah Keluarga Bangkit.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Rohani Ibrahim berkata, Anugerah Keluarga Cekal diberi kepada bapa yang berjaya mengurus keluarga tanpa isteri di sisi.

Manakala Anugerah Keluarga Bangkit diberi kepada keluarga yang berjaya bangkit daripada kesusahan hidup.

“Program tersebut akan diadakan pada 7 September ini di Taman Perbandaran Tengku Anis. Dijangka 1,000 peserta dijangka hadir pada program berkenaan.

“Perasmian akan disempurnakan Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud,” katanya di sini.

Pelbagai acara menarik akan diadakan sempena tersebut termasuk Family Fun Walk, sukaneka dan lain-lain. Pendaftaran akan bermula jam 7 pagi.

Oleh itu Rohani mengajak orang ramai hadir pada program berkenaan bersama keluarga masing-masing.

Sementara itu mereka yang ingin menyertai Family Fun Walk boleh mendaftar di https://rb.gy/ow6ts6

Penyertaan anak-anak pula boleh daftar di https://forms.gle/ez3HkZxke1HYdWB89. – HARAKAHDAILY 5/9/2024