SG4: Usaha capai aspirasi negara Malaysia

- Advertisement -

KEMAMAN: Empat Kerajaan Negeri (SG4) adalah inisiatif kerjasama antara Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis bertujuan bukan sahaja memajukan negeri-negeri tersebut tetapi juga menyumbang kepada pembangunan negara Malaysia secara keseluruhan.

Menurut Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, SG4 bukan hanya untuk kepentingan negeri-negeri terlibat, tetapi ia adalah satu usaha kolektif untuk mencapai aspirasi negara.

“Kami bekerja bersama untuk negara, kerana nak memajukan negara kita ini ia memerlukan semua pihak.

- Advertisement -

“Ini adalah sumbangan kami di negeri (SG4) bagaimana kami cuba mencari jalan untuk memastikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan cepat. Untuk negara kita sendiri,” katanya pada satu sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, perancangan seterusnya adalah untuk merangka strategi dan memastikan apa yang di pelan dapat dijayakan.

Terdahulu, SG4 menyatakan akan memberi tumpuan untuk memajukan industri memproses unsur nadir bumi (REE) dalam usaha meningkatkan ekonomi empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Majlis Menteri Besar SG4, Samsuri berkata, ini kerana industri baharu itu berupaya memberi hasil pendapatan tinggi. – HARAKAHDAILY 4/9/2024

- Advertisement -