KOTA BHARU: Rakyat Kelantan yang berminat mengikuti pertandingan video TikTok memaparkan semangat perpaduan kaum di Kelantan bakal memperolehi hadiah keseluruhan RM18,000.
Pemenangan tempat pertama akan membawa pulang RM10,000, tempat kedua RM5,000 dan tempat ketiga RM3,000.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, Zamakhshari Muhamad berkata, penyertaan pertandingan itu terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya anak muda.
“Kami mengalu-alukan anda semua untuk menyertai pertandingan video TikTok yang memaparkan semangat perpaduan di bumi Kelantan tercinta.
“Ini peluang kita untuk menunjukkan betapa hebatnya perpaduan rakyat Kelantan melalui kreativiti dan bakat yang ada pada diri kita,” ujarnya pada kenyataan hari ini.
Katanya, tempoh video perlu dibuat memakan masa antara tiga hingga lima minit yang mempamerkan perpaduan di Kelantan, kreatif dan inspiratif.
Beliau menambah, penciptaan video yang bertemakan Kelantan Model Perpaduan itu akan ditutup pada 12 Oktober ini.
Katanya, antara syarat dan terma pertandingan, setiap peserta perlu scan barcode di poster iklan atau tekan link https://bit.ly/SyaratTTPerpaduan.
Untuk mendapat maklumat lanjut dan pengumuman pemenang, hubungi talian di aplikasi WhatsApp 0142484064. – HARAKAHDAILY 4/9/2024