Pembentukan SG4 masih dalam ruangan semangat federalisme

Tuan Ibrahim pada Sidang Kemuncak SG4 di Bangi, Selangor. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zukiflee)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pembentukan State Government 4 (SG4) masih berada di bawah ruangan semangat federalisme.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, SG4 adalah kerjasama gabungan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis secara strategik dalam usaha mengangkat martabat negeri-negeri SG4 ke arah lebih maju dan sejahtera untuk rakyat.

Menurutnya  yang turut hadir ke Sidang Kemuncak SG4 di Bangi, Selangor, semalam, gabungan sebegini tidak bermaksud untuk mengenepikan dan bersikap diam diri dengan  Persekutuan atau negeri-negeri lain.

- Advertisement -

“Malah, gabungan ini saya percaya akan terus menguatkan hubungan dengan Persekutuan itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menyatakan  bahawa sistem federalisme perlu dihormati oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Kata beliau lagi, perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden PAS itu sendiri.

“Sebagaimana yang disebutkan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa sistem federalisme perlu dihormati oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

“Saya berharap usaha-usaha ini akan terus membuahkan hasilnya insya-Allah,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/9/2024

- Advertisement -