38 tahun PAS di Sabah berada di landasan yang betul

Datuk Dr Aliakbar Gulasan
- Advertisement -

KOTA KINABALU: PAS telah bertapak di Sabah selama 38 tahun sejak ditubuhkan pada 1986, kata Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Aliakbar Gulasan.

Katanya, PAS masih berada di landasan yang betul selagi mana penilaian kemenangan tidak hanya berfokus kepada kerusi dalam pilihan raya.

- Advertisement -

“Berbicara dengan soal kemenangan, kita yakin kita sebenarnya pada landasan yang sudah hampir mencapainya cuma masih belum dikecapi.

“Dalam tempoh 38 tahun berada dalam masyarakat, sentiasa bersama bergelumang dalam apa sahaja situasi.

“PAS bukan parti yang hanya timbul tenggelam semasa pilihan raya sebaliknya berada bersama dengan masyarakat sepanjang masa pada bila-bila masa,” katanya di sini.

Menurut beliau, keterlibatan PAS Sabah juga diukur dari segi gerak kerja dakwah, kemasyarakatan dan kebajikan yang menunjukkan indikator PAS dalam landasan yang cukup baik berbanding pihak-pihak lain.

Selain itu, PAS Sabah perlu mendekati masyarakat bukan Islam, mendidik dan memberi ilmu kepada orang Islam supaya memahami kesyumulan agama itu dan bagaimana Islam boleh dijadikan cara hidup.

Aliakbar yang juga ADUN (Dilantik) Sabah telah menekankan kepada ahli agar membina hubungan baik dengan semua pihak tanpa prejudis. – HARAKAHDAILY 3/9/2024