Misi Kelantan dibawa ke Sidang Kemuncak SG4

- Advertisement -

KOTA BHARU: Mendepani era yang lebih mencabar dalam membawa misi Kelantan Maju Rakyat Sejahtera, Kerajaan Negeri Kelantan akan turut serta di dalam Sidang Kemuncak SG4 yang akan berlangsung di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, esok.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, Sidang Kemuncak SG4 bakal mempertemukan tokoh-tokoh besar negara termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, dijangka hadir bersama adalah bekas Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, serta para pimpinan negeri-negeri SG4 tiga buah negeri lagi.

“Sidang ini juga merupakan platform penting untuk membincangkan pelbagai isu dalam memperkukuhkan agenda pembangunan negeri sama ada dalam konteks ekonomi, pendidikan dan sosial.

“Saya mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama mengikuti sidang ini yang akan disiarkan secara langsung melalui saluran _YouTube_ rasmi Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN),” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berharap program berkenaan berjalan lancar dan membawa manfaat besar kepada rakyat khususnya di negeri-negeri SG4. – HARAKAHDAILY 1/9/2024