Isu kaunter kosong: Terima kasih atas maklum balas JPA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Terima kasih atas maklum balas yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tentang penggunaan gambar yang dikongsi oleh pihak Harakahdaily dalam berita bertajuk, ‘Dah jam 9 pagi, seorang pun tiada di kaunter’.

Susulan berita yang disiarkan, pihak Harakahdaily berbesar hati menerima teguran daripada pihak berwajib dan akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan berita yang sahih.

- Advertisement -

Dalam pada itu, pihak Harakahdaily juga bertekad untuk terus bekerjasama dengan rakyat Malaysia dalam menyampaikan suara mereka demi mencapai keamanan dan kesejahteraan bersama di negara Malaysia yang tercinta ini.

Terdahulu, berita yang dimuatnaik pada hari ini, 28 Ogos (Rabu) telah berkongsi mengenai keresahan rakyat berkaitan sikap skeptikal di sektor awam yang tiada layanan pada waktu bekerja yang dikongsikan melalui Facebook, Kumpulan B40 Buat Apa Hari Ini yang terdahulu dikongsikan oleh @Bakar Amad.

Berita susulan mengenai maklumbalas JPA terhadap berita Harakahdaily itu kemudian dilaporkan oleh portal, Malaysiakini yang turut melaporkan bahawa hasil semakannya, mendapati hantaran asal gambar berkenaan sudah pun dipadamkan. – HARAKAHDAILY 28/8/2024