KUALA LUMPUR: “Dah jam 9 pagi, tiada seorang pun di kaunter.”
Demikian respons seorang pengguna media sosial terhadap gambar kaunter sebuah pejabat kerajaan yang tidak diperincikan lokasinya, dikongsikan di Facebook oleh ‘B40 buat perangai apa hari ini’ dan pemilik FB, @Bakar Amad.
Sudah menjadi skeptikal popular dalam sektor awam adalah sikap kakitangan yang sambil lewa dan terlebih santai berbanding mereka yang bekerja waktu pejabat seperti biasa.
Isu yang dibangkitkan tentang penjawat awam dan kaunter kosong sering kali didengari oleh warga maya dan bagai tidak boleh dipisahkan.
“Mungkin kerajaan sudah panjangkan sekali waktu rehat selepas kenaikan gaji mereka,” ujar kenyataan dalam hantaran yang dimuat naik itu.
Dalam pada itu, perkongsian gambar tersebut telah memancing netizen yang mengaitkan isu kenaikan gaji yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada sektor awam sebanyak dua belas peratus.
Menerusi rujukan HarakahDaily di media sosial, rata-rata berseloroh bercerita tentang pengalamannya berhadapan situasi ini.
“Harus ikut kerja waktu mereka, perlu ada rehat dan hari Jumaat, panjang sikit rehatnya. Jam 2.45 petang baru buka kaunter,” ujar Sabree Kencana secara sinis.
“Pelanggan datang pagi untuk cepatkan urusan tapi melihat keadaan kaunter dibuka dengan masa yang tidak tentu, buka petang pun belum tentu selesai urusan dan apabila isu ni viral (tular), lima belas minit pun urusan boleh selesai,” tegas Bakar Amad. – HARAKAHDAILY 28/8/2024