Andalusia lancar pakej Menelusuri Sirah dan Umrah bersama Alif Satar

Ida Riswana dan Alif Satar pada majlis pelancaran pakej Menelusuri Sirah dan Umrah bersama duta Wexpress, Alif Satar di Kuala Lumpur pada hari ini, 27 Ogos 2024.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) pada hari ini melancarkan siri pakej Menelusuri Sirah dan Umrah bersama duta Wexpress, Alif Satar menjelang umrah pada musim cuti sekolah Disember 2024.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pakej berkenaan melibatkan sebanyak 135 tempat, dengan pakej bermula dari RM12,290 sehingga RM15,990, dan akan bermula pada 17 hingga 28 Disember ini.

“Banyak sangat aktiviti-aktiviti, memang tak duduk diam. Tidak seperti pergi umrah biasa. Pakej ini juga adalah kerjasama dengan pihak speed train dari Makkah ke Madinah,” katanya. 

- Advertisement -

Antara aktiviti dan lokasi yang bakal dikunjungi dalam siri pakej berkenaan ialah Al Masmak Palace, Saudi National Museum, Souk Al Zal dan program Fun Walk & Run bersama Alif Satar.

Oleh yang demikian, orang ramai yang berminat untuk menyertai siri berkenaan boleh mula membuat pendaftaran dengan diskaun sebanyak RM300, jika pendaftaran dilakukan sebelum 31 Ogos ini.

Sementara itu, Alif Satar berkata, siri pakej Menelusuri Sirah & Umrah itu juga akan melibatkan program Geng Subuh Macam Jumaat’ di mana ibadah Solat Subuh akan dijalankan di Madinah.

“Banyak pengisian yang akan berlaku di sana, tetapi yang paling seronoknya adalah perjalanan umrah ini bukan seperti perjalanan biasa. 

“Kita akan melalui jalan-jalan yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah, dan tempat-tempat bersejarah dan lawatan yang berbeza dengan pakej umrah yang lain.

“Walaupun dah beberapa kali ke sana, tetapi ini kali pertama saya rasa programnya berbeza,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/8/2024