KINABATANGAN: Konvoi Kembara Merdeka telah menelusuri beberapa kawasan sekitar Bukit Garam bagi menzahirkan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.
Program pagi tadi telah dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Kinabatangan, Jumaidin Lakalla.
“Konvoi Merdeka ini bermula di pekarangan Masjid Al-Ghaffar dan berakhir di jeti pengkalan dengan iringan dan bantuan dari polis trafik bagi mengawal lalu lintas.
“Antara tujuan program ini adalah untuk menyemarakkan dan menaikan semangat patriotisme sempena hari kemerdekaan iaitu 31 Ogos,” ujarnya lagi.
Katanya sempena program Konvoi Merdeka itu, ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kinabatangan juga turut mengagihkan bendera Malaysia ke komuniti di jeti pengkalan.
“Edaran Jalur Gemilang rumah ke rumah ini merupakan satu inisiatif untuk mengimarahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan sambil menyantuni penduduk Kampung Pengkalan,” tambah beliau lagi. – HARAKAHDAILY 25/8/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!