Thailand sahkan kes Mpox Clade 1b kedua di luar Afrika

Mpox varian Clade 1b telah mencetuskan kebimbangan global kerana ia mudah merebak. (FOTO: AL24 News)
- Advertisement -

BANGKOK: Thailand mengesahkan kes Mpox yang dilaporkan minggu ini adalah daripada varian Clade 1b virus itu, kes kedua yang disahkan bagi varian di luar Afrika selepas kes pertama di Sweden.

Kes itu dikesan terhadap seorang lelaki Eropah berusia 66 tahun yang tiba di Thailand minggu lalu dari negara Afrika yang tidak dinyatakan.

- Advertisement -

Ketua pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, Thongchai Keeratihattayakorn, memberitahu Reuters, hasil ujian mengesahkan bahawa, lelaki itu telah dijangkiti varian Clade 1b Mpox, yang merupakan kes pertama yang didiagnosis di Thailand, tetapi dia berkemungkinan dijangkiti virus tersebut dari negara endemik (di Afrika).

Beliau bagaimanapun berkata setakat ini, tiada jangkitan tempatan lain dikesan melalui pengesanan kontak.

Clade 1b telah mencetuskan kebimbangan global kerana ia mudah merebak walaupun tiada tanpa rutin hubungan rapat.

Satu kes varian itu disahkan minggu lalu di Sweden – lokasi pertama penyebarannya di luar Afrika, dan dikaitkan dengan wabak yang semakin meningkat di benua itu, khususnya di Republik Demokratik Congo.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini  mengisytiharkan wabak penyakit itu baru-baru ini sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa selepas varian baharu itu dikenal pasti.

Terdahulu, media Thailand pada Rabu, melaporkan bahawa lelaki itu mengesahkan dia menghidap demam campak setelah transit di negara Timur Tengah, yang juga tidak dinamakannya, sebelum terbang ke negara jiran Malaysia itu.

Thailand telah mengesan 800 kes Mpox Clade 2 sejak tahun 2022, tetapi setakat ini tidak mengesan kes bagi varian Clade 1 atau Clade 1b. -Agensi/– HARAKAHDAILY 23/8/2024